fb fb fb fb fb

Tiga bas elektrik di Terengganu tahun depan

(FOTO RTM)

KUALA TERENGGANU, 16 Mei-Tiga buah bas elektrik bakal mula mengambil penumpang di bandar raya ini bermula awal tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT, Wan Adnan Wan Derahman berkata, penggunaan tiga bas mesra alam tersebut menelan kos RM3 juta.

Wan Adnan berkata setiap bas mampu menampung kapasiti 32 penumpang bagi memenuhi permintaan pengguna di bandar raya ini.

Katanya lagi, ketika ini terdapat 7 buah bas penumpang di Kuala Terengganu manakala sebuah lagi di Kemaman.

Wan Adnan berkata, penggunaan bas elektrik ini selari dengan kempen teknologi hijau bagi mengurangkan penggunaan karbon sekaligus memulihara alam sekitar.

"Kita ke arah teknologi hijau bagi mengurangkan karbon. Ini selari dengan dasar kerajaan. Kita menyahut seruan berkenaan", katanya pada majlis Aidilfitri Cas Ligas Sdn. Bhd. (Cas Ligas) di sini semalam.

Dalam pada itu, Wan Adnan berkata PMINT turut bercadang memiliki bas berkonsep dek terbuka yang akan menyediakan perkhidmatan minum petang bagi merancakkan sektor pelancongan


(Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Wan Adnan Wan Derahman)

 

Media Baharu