KUALA LUMPUR, 24 Februari- Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar tidak dipecat seperti yang didakwa sebelum ini.
Sebaliknya diturunkan jawatan kepada Timbalan Ketua Pengarah.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana beliau tidak berjaya mencapai prestasi kerja yang ditetapkan.
"Kalau anda tidak mempamerkan prestasi terbaik, saya mesti tukar, saya tidak pecat, saya turunkan pangkat dia sahaja.
"Saya beri dia peluang kerana dia ada Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang pelancongan, tetapi apabila menjalankan tugas dia tak membuktikan kebolehannya dengan PHD tersebut,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.