PUTRAJAYA, 8 Februari - 13,944 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini.
Bagaimanapun. Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan dilaksanakan walaupun kes harian melonjak akibat gelombang Omicron.
Jelas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sistem kesihatan negara sudah bersedia menghadapi lonjakan kes berikutan pengalaman negara menguruskan virus berkenaan sejak 2 tahun lalu.
"Saya fikir pengalaman yang sudah ada itu memadai membantu kita menguruskan situasi kita tapi sentiasa beringatlah tentang SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan," kata Tan Sri Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Putrajaya.