KUALA LUMPUR, 4 Mac- Tiada sebarang pindaan peruntukan di bawah Akta Pinjam Wang 1951 atau Akta 400, dibuat setakat ini.
Perkara itu termasuk peruntukan berkaitan hukuman bagi pelanggaran Akta 400 yang dilakukan oleh pemberi pinjam wang (PPW) berlesen.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu menjelaskan akta sedia ada sudah memadai sebagai punca kuasa perundangan bagi mengawal selia industri PPW selain melindungi kepentingan peminjam.
"Pindaan terkini terhadap Akta 400 telahpun dibuat pada tahun 2011. Bukanlah sudah berusia sudah 71 tahun dan tidak dipinda tetapi telahpun diberikan pertimbangan."
"Sistem digital yang akan dilaksanakan supaya memperkuatkan lagi dari sudut penguatkuasaan walaupun akta sedia ada memang sudah cukup untuk menjadi punca kuasa dan seterusnya menjadikan KPKT beralih ke arah pendigitalan dari sudut penguatkuasaan," kata Datuk Aiman di Parlimen.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli
Jelasnya, KPKT terus proaktif melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan berkala dengan sasaran 850 premis PPW berlesen setiap tahun.