fb fb fb fb fb

Tiada rancangan naikkan kadar VEP -Loke

(Anthony Loke Siew Fook)

JOHOR BAHRU, 28 Mac- Caj permit masuk kenderaan, VEP bagi kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki pintu sempadan negara tidak akan dinaikkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini kerajaan tidak berhasrat meningkatkan kadar sedia ada iaitu RM20, untuk setiap kenderaan asing yang melalui Tambak Johor, atau Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah.


“Jadi kita kena lihat timbal balik itu, kita juga hendak menggalakkan pelancong dari Singapura untuk masuk ke Johor dan menyumbang kepada ekonomi, jadi setakat ini belum ada cadangan menaikkan kadar itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pas Tanpa Had MyBAS50 dan bas elektrik di Larkin Sentral di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai saranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad kepada kerajaan pada 21 Mac lepas, agar menaikkan kadar VEP khusus bagi kenderaan warga Singapura yang mahu memasuki negara ini melalui pintu sempadan antarabangsa di Johor.

(Caj permit masuk kenderaan, VEP bagi kenderaan berdaftar Singapura yang
memasuki pintu sempadan negara tidak akan dinaikkan)

Pandak dilapor berkata kenaikan bayaran VEP itu dilihat wajar memandangkan kadar tersebut ketika ini amat rendah jika dibandingkan dengan tukaran mata wang negara jiran berkenaan.

Ketika ini, RM15 daripada hasil kutipan caj VEP akan dikutip Kerajaan Persekutuan manakala baki RM5 disumbangkan kepada kerajaan Johor.

Media Baharu