fb fb fb fb fb

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran di Menara Petronas 3

Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafizan Hassan

KUALA LUMPUR, 1 November - Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah restoran di aras 57, Menara Petronas 3, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafizan Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak bersama bantuan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan berhubung punca kebakaran sedang dijalankan. katanya ketika dihubungi hari ini.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 6.48 pagi, kebakaran didapati melibatkan kawasan berkeluasan 40 x 40 kaki persegi dengan tahap kemusnahan 100 peratus," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Operasi pemadaman menggunakan hose reel dan wet riser bangunan dengan bantuan sistem sprinkler bagi mengawal api daripada merebak ke tingkat lain.

Api berjaya dikawal pada pukul 7.04 pagi dan dipadam sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi.

Seramai 25 anggota, dua Fire Rescue Tender (FRT), satu Water Tanker (WT), satu Aerial Ladder Platform (ALP), empat Rapid Intervention Motorcycle (RIM) serta sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) terlibat dalam operasi tersebut.

Siasatan lanjut berhubung punca kejadian sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

"Bangunan telah dibuka semula kepada orang ramai, namun restoran terbabit akan ditutup sementara waktu sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya lagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI