fb fb fb fb fb

Tiada laporan pemberhentian kerja diterima KSM susulan boikot produk Israel

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar / Foto Bernama

IPOH, 7 November - Tiada laporan pemberhentian kerja diterima Kementerian Sumber Manusia (KSM) susulan kempen boikot terhadap syarikat dan produk berkaitan Israel.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata siasatan terperinci akan dilakukan sekiranya terdapat aduan berhubung perkara tersebut.

"Setakat ini KSM tidak terima apa-apa laporan berkaitan dengan pembuangan kerja dan sebagainya, setakat ini tiada apa-apa aduan. Kalau ada aduan kita akan tengok, tiada aduan saya tidak boleh komen," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali PERKESO, di sini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan terdapat kempen boikot susulan kekejaman rejim Zionis yang memberi kesan terhadap pekerja tempatan. 

Selain dakwaan diberhentikan kerja kerana pendapatan syarikat jatuh mendadak.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN