fb fb fb fb fb

Tiada kos pembinaan sebuah kelas cecah RM1.8 juta

(Foto Bernama)

PUTRAJAYA, 11 April- Dakwaan kos pembinaan sebuah kelas mencecah sehingga RM1.8 juta adalah tidak tepat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menafikan perkara tersebut menegaskan setiap projek pembinaan sekolah mempunyai proses dan akan dinilai mengikut panduan dan piawaian di peringkat kerajaan.

"Dakwaan itu tidak tepat, kita sudah ada jawapan kita secara telus dalam kenyataan media selepas ini kerana isu yang nak ditekankan ialah proses kerja itu.

"Ia proses kerja yang perlu dilalui dan skop kerja, piawaian tertentu yang mesti dicapai oleh pihak KPM dalam meneruskan projek-projek tersebut," katanya.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika ditemui pemberita hari ini/Foto Bernama)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah KPM 2023, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin semasa ucapan pada sesi perbahasan Bajet 2023 mendakwa kos purata pembinaan sebuah bilik darjah mencecah antara RM1.8 juta hingga RM2.6 juta yang disifatkan menyamai harga sebuah rumah mewah.

Media Baharu