fb fb fb fb fb

Tiada kenaikan harga barangan

(Datuk Seri Salahuddin ditemu bual selepas melancarkan Inisiatif Payung
Rahmah bersempena Kempen “Kasih Sayang Ibu dan Si Manja”)

SUBANG JAYA, 20 Julai- Tiada kenaikan harga barangan akan berlaku, baik barangan kawalan bersubsidi mahupun barangan bukan kawalan.

Itu jaminan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

"Kita ingin sekali lagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa 11 barang bersubsidi yang dikawal oleh kerajaan, hari ini kita berada di Mydin, beberapa hari lepas saya telah pergi ke beberapa pasar raya untuk kita buktikan sehingga dalam satu troli itu yang mengandungi beberapa barang asas makanan lebih kurang 20 hingga 25.

"Purata hanya pada harga 200 lebih sahaja dan sekali lagi tadi kita menyaksikan (harga) barang-barang asas itu tidak naik. Rakyat jangan bimbang," kata Salahuddin ketika melancarkan Inisiatif Payung Rahmah bersempena Kempen “Kasih Sayang Ibu dan Si Manja” di sini.

Beliau juga berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memberi jaminan bantuan bekalan gula akan disalurkan dalam tempoh beberapa jam setelah menerima aduan.


Tindakan segera itu diambil bagi memastikan bekalan mencukupi.

"Kalau ada rungutan tentang kekurangan gula, adukan saja kepada kita. Dalam tempoh beberapa jam sahaja kita akan hantar bekalan," kata Salahuddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah kekurangan bekalan gula yang dilaporkan berlaku di beberapa tempat seperti di Limbang, Sarawak.

 

Media Baharu