fb fb fb fb fb

Tiada dana tambahan diperuntukkan jika LCS pertama gagal disiapkan mengikut jadual

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Tiada dana tambahan akan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) pertama gagal disiapkan mengikut jadual.

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tumpuan kini ialah memastikan kapal LCS pertama dapat diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa membabitkan peruntukan tambahan.

"Bahawa tiada untuk LCS pertama ini dan saya sebut tumpuan saya adalah utnuk memastikan dalam masa terdekat kapal pertama dapat disempurnakan. Kalau pihak berkenaan tidak dapat menyerahkan kapal pertama dalam tempoh yang ditetapkan dengan peruntukan sedia ada, bagaiamana saya sendiri akan yakin bahawa mereka akan dapat memenuhi keperluan kita untuk kapal-kapal lain.

(Tiada dana tambahan diperuntukkan jika LCS pertama gagal disiapkan mengikut jadual/
Foto Fail)

"Jadi saya mahu tengok apa yang telah dirancang dan apa yang telah dibentang kepada Kabinet, apa yang saya jawab di Dewan Negara dapat disempurnakan dan kapal pertama tadi tidak akan melibatkan suntikan dana baharu," tegas beliau.

Kapal LCS pertama dijangka siap dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang.

Media Baharu