fb fb fb fb fb

Tiada cadangan wujudkan akta kawal selia platform media sosial - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

CYBERJAYA, 14 Mac - Tiada cadangan untuk mewujudkan akta khusus bagi tujuan mengawal selia platform media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak pernah mengumumkan sebarang niat untuk penggubalan akta seumpama itu.

"Saya belum pernah dengar, ini kali pertama saya dengar mengenainya. Setakat ini saya tiada umumkan sebarang niat untuk pengubalan satu akta bagi tujuan kawal selia media sosial," katanya ketika ditemui selepas merasmikan aplikasi mudah alih Penyelesaian e-Farmasi, di sini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini dilaporkan dalam proses menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu bagi memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN