KUALA TERENGGANU, 16 April- Kira-kira 359 kes kemalangan direkodkan sepanjang tempoh Op Selamat 22/2024 sempena Aidilfitri di Terengganu yang bermula 8 hingga 13 April lalu.
Daripada jumlah itu tujuh kemalangan maut dicatatkan di laluan persekutuan, negeri dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berbanding sembilan kes pada tahun lalu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, mengikut rekod lebih 311,000 kenderaan masuk ke negeri itu dalam tempoh berkenaan.
Sementara itu lebih 9,000 saman bernilai RM20,000 dikeluarkan menerusi 25 operasi dilaksana.
"Ops selamat kali ini, kita telah mengalami penurunan kemalangan maut pada tahun lalu sembilan kemalangan maut tapi tahun ini cuma tujuh kemalangan direkodkan.
"Kontinjen Terengganu dapat menurunkan kes kemalangan maut berbanding tahun sebelumnya," katanya selepas majlis serah tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik serta Ketua Polis Daerah Setiu.
Sementara itu, 12 kes pecah rumah dilaporkan di seluruh negeri itu dalam tempoh tersebut.
Bagaimanapun ke semua kes tersebut tidak melibatkan premis yang berdaftar menerusi aplikasi volunteer smartphone patrol, VSP.
Mengikut rekod, 490 permohonan VSP diterima sepanjang tempoh perayaan baru-baru ini.
Melalui rondaan dan lawatan yang dibuat pihak polis, tiada kes pecah rumah direkodkan ke atas premis yang berdaftar ini.
Dalam perkembangan lain sebanyak 12 kes pecah rumah dilaporkan di seluruh negeri itu dalam tempoh tersebut.
Bagaimanapun semua kes tersebut tidak melibatkan premis yang berdaftar menerusi aplikasi volunteer smartphone patrol (VSP).
Mengikut rekod, 490 permohonan VSP diterima sepanjang tempoh perayaan baru-baru ini.
Melalui rondaan dan lawatan yang dibuat pihak polis, tiada kes pecah rumah direkodkan ke atas premis yang berdaftar ini.