fb fb fb fb fb

Terengganu kembali dilanda bah

FOTO BERNAMA

KEMAMAN, 12 Januari- Terengganu kembali dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Satu pusat pemindahan sementara PPS dibuka di Kemaman pada pukul 10 malam tadi melibatkan 15 penduduk daripada lima keluarga.

Menurut kemas kini laman web info banjir JKM, kesemua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

Berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.my hanya paras Sungai Besut di Jambatan Keruak di Besut telah melepasi tahap bahaya dengan bacaan 35.64 meter.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE