fb fb fb fb fb

Terengganu dijangka dilanda hujan lebat bermula esok hingga Selasa depan

(Orang ramai dinasihat untuk terus berwaspada dan mengelakkan diri daripada
melakukan aktiviti yang berisiko)

KUALA TERENGGANU, 26 Januari- Terengganu dijangka menerima taburan hujan yang tinggi bermula esok sehingga Selasa depan.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di sesetengah kawasan.

Pengarah Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, hujan lebat signifikan berpotensi menjadi ekstrim dalam tempoh itu.

Katanya, taburan hujan lebat dijangka bermula esok hingga Sabtu lebih bertumpu di utara dan tengah Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri ini, meliputi Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Manakala bagi tempoh 30 hingga 31 Januari, hujan lebat dijangka lebih bertumpu di tengah dan selatan Terengganu.

Sebelum ini MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi negeri Pantai Timur berkuat kuasa esok.


(Hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter
di perairan Terengganu)

Turut diramalkan keadaan angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) di kawasan perairan timur dan selatan Semenanjung.

Sepanjang tempoh tersebut keadaan hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Terengganu.

Justeru, orang ramai dinasihat untuk terus berwaspada dan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang berisiko.

Media Baharu