fb fb fb fb fb

Terengganu dijangka alami kemuncak cuaca panas, kering Mei ini

Terengganu berkemungkinan mengalami cuaca kering dan panas berterusan dengan kemuncaknya dijangka pada Mei ini / Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Terengganu berkemungkinan mengalami cuaca kering dan panas berterusan dengan kemuncaknya dijangka pada Mei ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Terengganu, Rosli Zakaria berkata suhu paling tinggi direkodkan Stesen Pencerapan Automatik di Felda Tenang Besut iaitu 35.5 darjah celsius pada 6 Mac lalu diikuti di Ketengah Bukit Besi Dungun iaitu 34.6 darjah celcius.

"Walaupun El Nino tamat menjelang pertengahan tahun, kita masih lagi boleh menjangkakan impaknya sehingga Mei dan Jun nanti. Jadi kita sarankan supaya kurangkan aktiviti yang terdedah terus dengan sinaran matahari teruatama pada suhu tinggi sekitar pertengahan tengahari juga awal petang," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Konti TerengganuFM.

Rosli turut menasihatkan penduduk untuk mengurangkan aktiviti luar selain diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN