fb fb fb fb fb

Temasya Tranung Kite 2024 angkat seni budaya tempatan

Foto Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Terengganu

HULU TERENGGANU, 11 Ogos - Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Terengganu) dengan kerjasama Persatuan ATMA Seni Budaya Terengganu menganjurkan program kebudayaan dalam usaha mengekalkan kelestarian sosiobudaya masyarakat pesisir sungai.

Program berorientasikan pelancongan seni budaya yang dijenamakan sebagai Temasya Tranung Kite 2024 itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti budaya masyarakat setempat termasuk beberapa acara sukan rakyat sepanjang tiga hari penganjurannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Mohd Amran Mohd Haris menjelaskan penganjuran berskala besar sedemikian kali terakhir dianjurkan di negeri Terengganu adalah pada 10 tahun lalu.

Oleh itu dalam tempoh tahun-tahun seterusnya JKKN akan berusaha mengangkat penganjuran menjadi acara tahunan serta disenaraikan dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Malaysia bagi menarik kehadiran pelancong-pelancong dari luar negara.

"Jadi bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026, kita cuba dapatkan lagi penganjuran program yang berskala besar yang bertunjangkan seni budaya di negeri Terengganu. Jadi insya-Allah bermula pada tahun 2024 ini kita akan teruskan lagi penganjuran program-program yang dapat mengangkat dan juga memartabatkan kesenian negeri Terengganu," katanya kepada pemberita semalam.

TETITIA YUSOFF