Temasya Sukan RTM satukan warga kerja seluruh negara

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Temasya Sukan RTM ke-13 di Angkasapuri, Kota Media.

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Temasya Sukan RTM Ke-13 bukan sahaja berjaya menghimpunkan warga kerja dari seluruh negara, malah menjadi platform terbaik memperkukuh semangat kerja berpasukan dan kebersamaan dalam organisasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Temasya Sukan RTM Ke-13 memperkukuh semangat kerja berpasukan dan kebersamaan warga RTM seluruh negara.
  • Penganjuran menunjukkan komitmen tinggi ahli kelab, jawatankuasa penganjur, penaja dan warga RTM.
  • Zon Tengah johan keseluruhan selepas dominasi acara seperti pingpong, badminton, bola jaring dan sepak takraw.
  • Temasya dijangka terus berjaya pada masa hadapan dengan edisi seterusnya dirancang di Sarawak.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, penganjuran kejohanan itu membuktikan komitmen tinggi semua pihak termasuk ahli kelab, jawatankuasa penganjur, penaja serta warga RTM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya.

“Ini merupakan antara pendekatan terbaik dalam memupuk semangat berpasukan kerana semua warga terlibat, bukan sahaja sebagai peserta, malah turut menyumbang dalam pelbagai aspek seperti menyediakan minuman dan makanan.

“Keadaan ini mencerminkan penyatuan yang sangat baik dalam kalangan seluruh warga RTM,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan berkenaan.

Zon Tengah muncul sebagai johan keseluruhan selepas mendominasi beberapa acara utama termasuk pingpong, badminton, bola jaring dan sepak takraw.

Zon Sabah pula mencuri tumpuan apabila menjuarai acara bola sepak, manakala Zon Sarawak dan Zon Timur turut mempamerkan prestasi konsisten serta persaingan sengit sepanjang kejohanan berlangsung.

Sementara itu, Datuk Suhaimi menyatakan keyakinan penganjuran Temasya Sukan RTM akan terus mencatat kejayaan pada masa hadapan, termasuk edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Sarawak.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan