fb fb fb fb fb

TEKUN biaya RM482.6 juta kepada 32,101 usahawan masyarakat India

Gambar dirakam ketika Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan menyerahkan dana dari AIM untuk usahawan komuniti India

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited membantu keusahawanan masyarakat India melalui pelbagai inisiatif yang bersifat inklusif di negara ini.

Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan berkata, sejak 2008 hingga 30 September lalu, kerajaan telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM482.6 juta kepada 30,101 usahawan masyarakat India

Katanya, dalam tempoh itu juga, seramai 764 usahawan masyarakat India di kawasan Sungai Siput telah menerima Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) berjumlah RM11.27 juta.

"Melalui program Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) pula, Amanah Ikhtiar (AIM) telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM22.7 juta kepada 2,644 usahawan India.

"Ia bagi tempoh Januari hingga 30 September lalu. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 99 usahawan masyarakat India di kawasan Sungai Siput menerima pembiayaan PENN berjumlah RM1.1 juta," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan S Kesavan (Sungai Siput) mengenai jumlah peruntukan bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah SPUMI dan PENN.

Tambahnya, lapan permohonan di bawah program SPUMI GOES BIG bawah Parlimen Sungai Siput telah diluluskan sepenuhnya.

GRACE AISYAH KEDAYAN