fb fb fb fb fb

Teknik ‘flushing’ digunakan dalam pencarian mangsa hilang

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan teknik ‘flushing’ di lurang kumbahan Jalan Masjid India sebagai usaha terbaru dalam pencarian mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata teknik tersebut akan difokuskan di lurang kumbahan lima dan enam ekoran operasi pencarian hari ini mendapati kawasan tersebut mempunyai arus perlahan yang disyaki disebabkan oleh halangan.

"Pihak Indah Water Konsortium (IWK) juga akan menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ di hiliran kawasan. Pihak IWK telah mempunyai peta lengkap kawasan ini dan bersetuju untuk menjalankan ujian integriti di sini," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Tambah Maimunah, jika pencarian di dua lurang kumbahan tersebut tidak berhasil, teknik ini akan digunakan untuk memastikan tiada sampah-sarap atau serpihan tersangkut yang menghalang aliran air.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN