fb fb fb fb fb

Tegur tunggang motosikal macam pelesit, bekas tentera ditetak sekumpulan lelaki

SUNGAI PETANI, 5 Ogos- Seorang bekas tentera ditetak menggunakan parang oleh beberapa lelaki dalam kejadian di pos kawalan, tapak projek perumahan rumah di Bukit Banyan, Sg Petani, petang semalam.

Mangsa, Ismail Ahmad, 58 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan ditapak projek berkenaan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan luka di tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menegur suspek yang menunggang motosikal secara bahaya di lokasi tapak projek tersebut.

Berang dengan teguran itu, suspek membawa dua lagi rakannya kelokasi kejadian lalu memukul dan menetak mangsa.

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan dua suspek berusia lingkungan 37 tahun dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani untuk mendapatkan rawatan.


(Mangsa dikejarkan ke hospital)

Media Baharu