fb fb fb fb fb

TBC: Pusat Khidmat ADUN Kota Sentosa anjur 2 program bantu keluarga B40

Sidang media Program untuk B40 'Jualan Istimewa sempena Tahun Baru Cina untuk komuniti Kota Sentosa, di Farley Kuching

KUCHING, 16 Januari- Pusat Khidmat ADUN Kota Sentosa dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Pengguna Sarawak SCWA dan Yayasan Pengguna Negara Malaysia YPNM Cawangan Kuching akan menganjurkan dua program bantuan makanan bagi membantu keluarga B40 di kawasan tersebut.

Ia sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi.

ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap berkata, ia adalah Program Jualan Istimewa Khas berupa pakej subsidi makanan di mana 500 bakul makanan dijual dengan harga rendah pada 24 Januari.

Manakala program yang kedua adalah program bantuan makanan untuk keluarga miskin tegar di kawasan tersebut di mana 100 bakul makanan akan diagihkan.

Katanya, program itu bertujuan memastikan semua lapisan masyarakat dapat berkongsi kegembiraan sempena perayaan tersebut tanpa mengira status ekonomi.

Beliau menambah, kempen keselamatan jalan raya juga bakal dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN, Polis Diraja Malaysia PDRM serta Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ selain menyediakan 700 baucer petrol percuma bernilai RM5 kepada penunggang motosikal B40.

Ia akan dijalankan di tiga stesen minyak Petronas di Taman Hui Sing, Jalan Datuk Bandar Mustapha dan Jalan Stutong pada 18 dan 25 Januari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE