fb fb fb fb fb

Taufan Ampil: Rakyat Malaysia di Kanto dinasihat waspada

FOTO X @MYEmbassyTokyo

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengeluarkan nasihat agar semua rakyat Malaysia di wilayah Kanto terus berwaspada ketika Taufan Ampil semakin hampir.

Kedutaan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X, menekankan potensi risiko yang dicetuskan oleh taufan Ampil, yang dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang.

"Kedutaan Malaysia menggesa semua yang berada di Pulau Izu, wilayah Kanto dan Tohoku untuk berhati-hati dan terus berwaspada, terutamanya dalam keadaan angin kencang, ombak besar, tanah runtuh, hujan lebat atau banjir yang mungkin berlaku dari Jumaat hingga Sabtu ini," menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia juga digalakkan mengikuti perkembangan berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa Jepun.

Warganegara Malaysia turut dinasihatkan agar tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu dan memastikan semua langkah keselamatan diambil, menurut kenyataan itu.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan melalui nombor telefon di +81-3-3476-3840 pada waktu pejabat atau +81-80-4322-3366 untuk kecemasan, atau melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kedutaan sedang memantau situasi dengan teliti dan akan menyalurkan maklumat terkini jika perlu.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA