fb fb fb fb fb

TASKA, pusat jagaan tidak berdaftar dalam pemerhatian JKM

Foto RTM

BATU BERENDAM, 6 November- Lebih 10 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan pusat jagaan yang tidak berdaftar dalam pemerhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka.

Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhamad berkata, pihaknya memandang serius perkara itu, demi keselamatan kanak-kanak di pusat berkenaan.

Kerjasama dengan agensi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut dilaksana memandangkan premis terbabit melibatkan jenis perniagaan.

“Alasannya satu yang memang sebenarnya mereka nampak tiada apa-apa tindakan dibuat, sebab permintaan ibu bapa tinggi.

"Yang lain, mungkin adalah pendaftaran dengan agensi-agensi dengan ada kos dan sebagainya tapi itu bukan alasan," katanya di sini.

Sepanjang tahun ini juga, 65 TASKA dan pusat jagaan telah dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta TASKA 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 dalam ‘Task Force Putih’ yang dilaksana JKM.

Trainee2