KANGAR, 2 April- Susulan sambutan ulang tahun RTM ke 76 yang disambut semalam, Perlis FM mengorak langkah memasang papan tanda ‘Perlis FM’ di beberapa lokasi strategik bagi menarik pendengar.
Selain itu, turut diadakan aktiviti selingan bersama warga kerja, penyampai radio dan pengunjung sebagai usaha mempromosikan stesen radio berkenaan.
Sebanyak enam lokasi baharu dan sedia ada di pasang papan tanda dan salah satunya di 'view point' Wang Kelian yang menjadi lokasi pelancong dalam dan
luar Perlis.
Menurut penerbit Program Izuani Abdul Wahab, selain di Wang kelian, papan tanda berkenaan turut di pasang di Padang Besar, dan beberapa pintu sempadan negeri.
"Maknanya papan tanda di 'view point' Wang Kelian ini adalah yang baharu, jadi sekarang ada enam papan tanda kesemuanya, bagi promosikan Perlis FM, jadi kita harap dengan adanya papan tanda ini, ramai lagi yang peka dengan frekuensi kami dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendengar kita,"kata Izuani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas gimik memasang Papan tanda Perlis FM di Wang Kelian, Perlis.
Turut diadakan kuiz dan penyerahan flayer kepada pengunjung yang terdiri daripada masyarakat Perlis dan pelancong.
(Penerbit Program Izuani Abdul Wahab)