fb fb fb fb fb

Tarif elektrik di Semenanjung kekal 39.45 sen/per kilowatt jam mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 1 Januari - Tarif elektrik di Semenanjung kekal pada 39.45 sen/per kilowatt jam, mulai hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklum kelak.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Tenaga selaras keputusan Kerajaan semalam untuk menangguhkan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif TNB bagi tempoh Regulatori Ketiga.

Dalam pada itu, Kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT).

Menyaksikan kadar rebat semasa sebanyak 2 sen/per kilowatt jam kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung, dikekalkan. - BERNAMA

Media Baharu