fb fb fb fb fb

Tangani masalah nelayan, jawatankuasa peringkat tertinggi cadang ditubuh

Foto FB Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 5 Mac- Jawatankuasa peringkat tertinggi dicadang ditubuh bagi mendepani beberapa permasalahan yang dibangkitkan nelayan seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan beliau dengan dikoordinasi oleh lima kementerian.
 
Lima kementerian tersebut adalah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Ekonomi.

"Tentunya isu-isu ini berlainan antara satu sama lain. Tetapi saya telah dimaklumkan bahawa kebanyakan isu ini ada persamaannya, cuma isu-isu tempatan sahaja yang berbeza tetapi soal dasarnya sama.

"Saya akan mencadangkan kepada Kabinet hari jumaat ini supaya high level community ini dapat dibuat dan melibatkan lima kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus (SLU) bersama komuniti nelayan zon pantai barat dari Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di Dewan Dato’ Lope Hashim Bagan Datuk yang dihadiri kira-kira 500 nelayan hadir.
 
Antara isu yang diberi perhatian adalah berkenaan penyasaran subsidi diesel dan pemberian insentif tambahan kepada nelayan.
 
Insentif itu akan menambah nilai kepada Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) berjumlah RM300 ketika ini.

"Kita akan mencari jalan untuk menambah hasil tangkapan laut daripada nelayan. Mungkin lebih lagi. Ia bukan untuk menggantikan, tetapi untuk menambah lagi," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM