fb fb fb fb fb

Tangani keganasan dan diskriminasi terhadap wanita

PUTRAJAYA, 2 Februari- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus membantu golongan wanita kurang berkemampuan dalam meningkatkan status ekonomi dalam memastikan kehidupan mereka tidak terjejas meski berdepan masalah rumah tangga.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga disaran turut serta dalam usaha itu termasuk menyebarkan maklumat bantuan yang diberikan.

"Kita bantu mereka melalui agensi lain. Walaupun modal diberikan tidak besar, namun ia membantu mereka untuk berniaga.

"Itu juga akan memberikan mereka meningkatkan keyakinan diri. Ia akan memeberikan golongan ini meneruskan kehidupan. Kita cuba untuk mengatasinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Matahari (Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita) dan Iris (Literasi Perundangan dan Hak Wanita) di sini, hari ini.

Program Matahari menumpukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan kendiri wanita melalui aspek psikologi dan pemikiran positif.

Manakala Program Iris pula dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai satu saluran bagi menyampaikan pengetahuan asas mengenai hak individu daripada aspek perundangan.

Ia bagi menangani isu keganasan dan diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat.

(Nancy Shukri)

Media Baharu