fb fb fb fb fb

Tangan lelaki tertusuk anak panah ketika menangkap ikan

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

RANAU, 9 Februari- Seorang lelaki di sini mengalami kecederaan akibat tertusuk anak panah pada bahagian tangan kanannya, semalam.

Mangsa, 18, mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia sedang menangkap ikan sebelum hadir di Hospital Ranau, sini, Sabah untuk rawatan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan daripada pihak hospital pada pukul 9.39 malam untuk bantuan memotong besi anak panah yang dialami pesakit di unit kecemasan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Niel Thomson Lee berkata, seramai empat anggota digerakkan ke hospital berkenaan dengan menaiki kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Bomba kemudian berjaya mengeluarkan anak panah terbabit menggunakan peralatan 'bolt cutter'.

Pesakit diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA