fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Penghuni 9 rumah di Puchong diarah berpindah

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan

PUCHONG, 17 Disember- Seramai 29 penghuni sembilan buah rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/4 di Puchong, diarah berpindah akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku kira kira pukul 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan berlaku pergerakkan tanah.

Menurutnya, terdapat empat buah kenderaan tertimbus yang di letakkan sepanjang jalan. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menyediakan pusat pemindahan sementara di Bandar Puteri iaitu Dewan Serbaguna MBSJ dan ada satu keluarga sahaja berpindah ke situ, manakala yang lain, mereka memilih bersama ahli keluarga lain.

"Sehingga kini pihak MBSJ, Bomba, RELA dan agensi lain seperti Jabatan Tanah dan pihak kejuruteraan di MBSJ telah pun hadir untuk melihat keadaan tanah dan mereka masih dalam proses  untuk mendapatkan data yang lebih terperinci", katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas meninjau tempat kejadian tersebut.

ROSLINA BINTI DIN