fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Kebun sayur diteroka secara haram sejak tahun lalu

Tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Hinghlands yang berlaku semalam

CAMERON HIGHLANDS, 27 Januari- Kejadian tanah runtuh melibatkan tapak kebun sayur di Blue Valley, sini, semalam, yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang setakat ini dikenal pasti sebagai kebun haram.

Pegawai Daerah, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata, peneroka merupakan warga tempatan itu pernah dikenakan tindakan sebelum ini atas kesalahan sama.

Jelasnya, kawasan tersebut merupakan Hutan Simpan Sungai Wi D dan pengusaha berkenaan dipercayai telah menceroboh kawasan seluas 10.65 ekar untuk dijadikan kebun sayur dan rumah pekerja.

"Tiada permit penggunaan daripada Jabatan Perhutanan, walaupun ada permohonan, namun Jabatan Perhutanan tidak memberi sokongan kepada permohonan tersebut.

"Sebab (tidak diluluskan) ialah risiko cerun dan risiko bahaya-bahaya yang berkaitan dengan hujan, jika hujan yang banyak, cerun itu tidak dapat menampung hujan dan berlakulah kelinciran (tanah)," katanya dalam sidang media di Blue Valley di sini.

Individu terbabit dilapor mula meneroka kawasan berkenaan secara haram sejak tahun lalu.

"Ya, setahun yang lalu kerana pada 10 April 2023 penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang," jelasnya.

Tambah beliau, tindakan tegas akan dikenakan terhadap peneroka tersebut mengikut akta sedia ada.

"Peneroka haram akan terus diambil tindakan dalam akta berlainan, (termasuk) penggunaan pekerja asing tanpa permit dan penggunaan pekerja asing yang tidak sewajarnya untuk bekerja," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemukan
Mayat kedua insiden tanah runtuh di Cameron Highlands ditemukan
Seorang maut, empat dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands
Kesemua mangsa tanah runtuh Cameron Highlands disahkan warga Wyanmar

SITI AISHAH BINTI MD ISA