fb fb fb fb fb

Tanah mendap, DBKL akan tubuh jawatankuasa khas

Foto FB Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan bagi mengambil langkah perlu dalam mencegah kejadian tanah mendap di ibu negara berulang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan usaha itu digerakkan bagi memastikan Kuala Lumpur selamat untuk dikunjungi.

"Jawatankuasa tersebut akan melibatkan agensi-agensi kerajaan serta pakar-pakar yang berkaitan.

"Selain turut menekankan keperluan segera dalam melaksanakan audit integriti terhadap keseluruhan sistem utiliti di ibu negara," katanya menerusi kenyataan.

Mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pula, Zaliha berkata, setakat ini, tiada petanda positif mengenai mangsa ditemukan; walaupun menggunakan pelbagai kaedah serta teknologi terkini dalam membantu misi pencarian tersebut.

Untuk itu, pihaknya memutuskan untuk meneruskan operasi SAR sehingga suatu masa yang akan ditentukan kelak.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM