fb fb fb fb fb

Tan Sri Datuk Seri Syed Zainal Abidin penerima tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul

(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M.

Anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu dipilih atas sumbangan beliau dalam pembangunan ummah khususnya dalam bidang perniagaan.

"Saya memang sukalah mengamalkan korporat dakwah dan dengan adanya anugerah ini saya dan rakan-rakan korporat lain akan menggunakan platform sedia ada untuk berbuat baik dalam syarikat dan komuniti sekeliling," katanya kepada RTM.


(Tokoh Anugerah Perdana Tan Sri Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berbaju biru)

Sementara itu, enam lagi individu menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M.

Antaranya, Profesor Datuk Dr Azizan Baharudin yang dinobatkan sebagai Ikon Sains dan Peradaban

Serta, Chee Hoi Lan, sebagai Ikon Ibu Sejati, Keluarga Malaysia atas Kemurnian beliau yang juga pesara guru tadika, menyara Rohana Abdullah, 20 yang beragama Islam sejak kecil.

Anugerah Maulidur Rasul, turut disandang, selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina yang dinobatkan sebagai kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.

Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.

Media Baharu