fb fb fb fb fb

Tambah kapasiti penerbangan untuk kawal harga tiket- Anthony

(Anthony Loke menjawab pertanyaan Ahli Parlimen
Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Syarikat penerbangan digalak menambah kapasiti penerbangan dalam usaha mengawal harga tiket agar tidak terlalu mahal.

Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kerajaan tidak boleh menetapkan harga siling tiket penerbangan kerana ia dibimbangi menjejaskan sektor pengangkutan itu.

"Berkali-kali kementerian menjawab bahawa daripada segi harga tiket kapal terbang ia adalah dinamik dan kita tak boleh letak harga siling sebab kalau kawal dari segi harga tetap, ia mungkin akan menjejaskan sektor penerbangan.

"Kalau syarikat penerbangan melihat tiada harga dinamik, mereka mungkin akan mengurangkan kapasiti, jika kapasiti dikurangkan, ia akan memberi kesan lebih buruk kepada keseluruhan ekonomi dan pengangkutan udara negara kita,"katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary .


(FOTO HIASAN)

Media Baharu