fb fb fb fb fb

Taman Eko Rimba, trek daki hutan simpan kekal Johor dibuka semula Januari

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman/FOTO RTM

BATU PAHAT, 1 Januari- Kesemua Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di dalam hutan simpan kekal (HSK) di Johor, dibuka semula kepada orang awam mulai pertengahan Januari 2024.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman berkata, kesemua trek itu akan dibuka secara berperingkat, susulan keadaan cuaca yang semakin baik di negeri itu.

Pihaknya juga akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin.

'Trek pendakian itu ikutkan ni memang tiada air tetapi kita harus ingat walaupun tiada air tapi kemungkinan besar berlakunya kelinciran tanah, tanah runtuh.

"Keadaan hutan yang gelap bila hujan mungkin boleh meningkatkan risiko untuk sesat, dan juga kecederaan. Jadi 4x4 pun sama, kita tutup dulu atas faktor cuaca dan juga kepentingan awam", kata Salim selepas ditemui pada Program Penanaman Pokok Sempena Tahun Baharu 2024 di Pantai Teluk Warisan, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD