fb fb fb fb fb

Tamadun negara runtuh jika akidah tidak dipertahankan

PUTRAJAYA, 16 Mac- Tamadun sesebuah negara akan runtuh sekiranya kekuatan akidah tidak dipertahankan sambil membiarkan sifat tamakkan kuasa dan kekayaan berleluasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin perlu sentiasa memelihara akhlak yang baik dan menegur dengan berhemah dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

"Perbedaan daripada Umran Badawi (peradaban rendah) kepada Umran Hadhari (peradaban tinggi) tetapi dia tidak kekal kerana lunturnya semangat, lunturnya akhlak. Pimpinan sudah gelojoh dengan kuasa, dengan kekayaan, dengan rasuah dengan fasad (kerosakan). Maka kata Abdul rahman ibn Khaldun, bila hilangnya semangat ini, generasi berikutnya akan luntur dan tamadun itu akan runtuh," kata Anwar di Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana di sini malam tadi.

Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkannya menjurus kepada pembinaan sebuah tamadun dengan nilai dan akhlak terpuji serta memberi khidmat sama rata kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

(Datuk Seri Anwar berkata tamadun negara runtuh jika akidah tidak dipertahankan)

Media Baharu