Tahap kebersihan bazar Ramadan Johor terkawal, hanya satu aduan diterima

Foto hiasan

PONTIAN, 24 Februari -Pematuhan peniaga di bazar Ramadan di Johor terhadap aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan serta penjualan makanan dan minuman sentiasa diberi keutamaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pematuhan peniaga terhadap kebersihan dan keselamatan makanan diberi keutamaan.
  • Hanya satu aduan diterima dan siasatan lanjut segera dijalankan.
  • 808 gerai diperiksa; 98% berada dalam keadaan baik dengan penilaian kebersihan memuaskan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon berkata, hingga 24 Februari, hanya satu aduan diterima berkaitan isu kebersihan dan siasatan lanjut telah segera dilaksanakan.

Pihakya melaksanakan pemantauan menyeluruh keatas peniaga bagi memastikan barangan jualan selamat untuk dimakan.

“Untuk tahun ini, sebanyak 808 gerai telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan dan kebanyakannya, iaitu 98 peratus, berada dalam keadaan baik dan bersih.

Peniaga juga didapati memakai sarung tangan dan apron, dengan purata markah penilaian kebersihan sebanyak 85 peratus pada tahap memuaskan,” katanya kepada media ketika membuat tinjauan ke tapak bazar Ramadan, di sini.

Tambahnya, sepanjang Ramadan, pengunjung diminta menyalurkan aduan secara terus kepada pihak Jabatan Kesihatan Daerah sekiranya terdapat pengabaian aspek kebersihan dalam kalangan peniaga.