fb fb fb fb fb

Tahanan lolos: Lapan lagi PATI diberkas hari ini

Usaha mengesan dan menangkap PATI tersebut turut mendapat kerjasama daripada penduduk setempat dan masyarakat orang Asli

BIDOR, 6 Februari- Perkembangan Operasi Mengesan dan Menangkap Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Lapan lagi tahanan diberkas hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata tangkapan dilakukan di kawasan hutan Jalan Kachu Tapah, Hub Getah Bidor dan Kampung Senta Bidor.

Beliau berkata, kejayaan itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini, 91 orang manakala dua lagi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Jelasnyam, baki 38 lagi tahanan masih dikesan.

Usaha mengesan dan menangkap PATI berkenaan turut mendapat kerjasama daripada penduduk setempat dan masyarakat orang Asli.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE