fb fb fb fb fb

Tabung Kebajikan Pasaran Modal, bantu pelajar B40 melanjutkan pelajaran ke IPT

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 November- Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menubuhkan Tabung Kebajikan Pasaran Modal bagi membantu pelajar B40 meneruskan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

Tabung yang bertujuan melahirkan tenaga kerja pasaran modal itu, dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhir tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin turut menggesa Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia, Persatuan Syarikat Broker-Broker Saham Malaysia, Persatuan Pengurus Aset Malaysia, Bursa Malaysia dan syarikat senaraian awam menyumbang kepada tabung berkenaan.

Sementara itu, SC melalui investED, merancang untuk mendekati 9,000 pelajar universiti melalui ceramah dan pameran kerjaya di seluruh negara.

Selain itu, SC turut berhasrat menawarkan 2,400 pelajar dan graduan universiti menyertai Program Asas pengenalan pasaran modal.

InvestED merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

ROSLINA BINTI DIN