fb fb fb fb fb

Tabung kasih@HAWANA: Fahmi santuni editor sambilan NST

Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Goh/Foto FACEBOOK FAHMI

PENAMPANG, 14 September - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meluangkan masa menyantuni wartawan yang diuji dengan masalah kesihatan serta musibah banjir.

Beliau melawat editor sambilan News Straits Times (NST) Roy Anthony Goh di Penampang dan menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Kasih HAWANA.

Goh, 54 tahun yang terkena serangan angin ahmar sejak Julai 2018, merupakan penerima ke-147 tabung tersebut sejak ia diperkenal pada April 2023.

Beliau berkata Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, adalah bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

"Saya telah minta supaya pihak BERNAMA bekerjasama dengan gabungan kelab-kelab media yang di setiap negeri ada wakilnya untuk segera mengenalpasti dan menyalurkan bantuan dengan lebih pantas," katanya ketika ditemui dalam Program penyampaian bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA di Kampung Dabak, Penampang sempena sesi lawatan kerja ke Sabah.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick pula berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban Goh yang baru-baru ini turut terlibat dalam musibah banjir di Penampang.

"Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Komunikasi kerana datang melawat Goh yang menetap di kawasan saya… saya harap program seumpama ini terus dilaksanakan untuk membantu rakan-rakan media yang memerlukan sokongan terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan," katanya.

Bagi Goh, bantuan itu memberi banyak manfaat kepada beliau dan keluarga.

"Terima kasih kepada Tabung Kasih@HAWANA dan saya berharap bantuan ini juga akan disalurkan kepada rakan-rakan media yang memerlukan bukan sahaja mereka yang mengalami masalah kesihatan tetapi masalah lain seperti banjir." katanya.

Trainee