fb fb fb fb fb

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Fadzil santuni bekas editor RTM

Fahmi Fadzil ditemui media selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas editor RTM Sahbudin Abdullah (KIRI) hari ini

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2023- Kementerian Komunikasi terus menyantuni pengamal media yang uzur dan memerlukan menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Menterinya Fahmi Fadzil hari ini mengunjungi bekas editor RTM Sahbudin Abdullah yang menghidap masalah jantung di kediamannya di Cheras.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Sahbudin bagi membantu meringankan beban kewangan beliau.

Sahbudin, 73, merupakan bekas petugas kontrak tidak berpencen di RTM dan berkhidmat dengan stesen penyiaran itu kira-kira 27 tahun bermula 1990.

Beliau juga pernah bertugas di akhbar Utusan Malaysia mulai 1980 dan menjadi sebagai koresponden akhbar berkenaan di Jakarta, Indonesia bermula 1987 hingga 1990.

Sahbudin adalah antara 29 rakan media yang menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA sejak inisiatif itu diperkenalkan pada April tahun lepas.

Tabung Kasih yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media, sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun telah bersara, yang keuzuran atau memerlukan bantuan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE