fb fb fb fb fb

Syarikat telekomunikasi digalakkan guna MOCN untuk capaian 4G

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Syarikat telekomunikasi digalakkan menggunakan teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) di kawasan tiada perkhidmatan 4G, sekali gus berkongsi infrastruktur capaian liputan berkenaan bersama syarikat lain.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata langkah tersebut bertujuan memastikan pengguna menikmati perkhidmatan yang stabil.

"Liputan 4G di Malaysia di kawasan berpenduduk average adalah 97 peratus. Kita juga mendapati bahawa liputan setiap syarikat adalah berbeza.

"Contohnya, untuk Celcom liputan 4G adalah 94 peratus, Digi 95 peratus, Maxis 98 peratus, Umobile 82 peratus, TM 80 peratus", katanya dalam sesi Dewan Rakyat.

Tambahnya, pengguna liputan 4G di kawasan berpenduduk ketika ini melebihi 97 peratus.

Beliau menjawab soalan tambahan Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Mengulas mengenai liputan 5G, katanya sebanyak 7,485 tapak pemancar dibina dengan 82.4 peratus liputan disedia Digital Nasional Berhad (DNB), setakat Disember tahun lalu.

ROSLINA BINTI DIN