fb fb fb fb fb

Syarikat PKS digesa guna pakai amalan ESG - Tengku Zafrul

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana, (PKS) digesa mengguna pakai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) secepat mungkin.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ini bagi memudahkan urusan eksport dan melancarkan urus niaga dengan syarikat multinasional yang menerapkan amalan ESG.

"Industri-industri SME ini penting kerana bila mereka nak eksport ada pasaran-pasaran yang mempunyai kriteria yang ketat mengenai syarat-syarat ESG.

"Pada masa ini belum lagi seketat tahun yang akan datang, tapi memang kita tahu terutamanya di EU (Kesatuan Eropah) dan sebagainya dalam tahun 2030 dan seterusnya banyak syarat-syarat lagi ketat daripada apa yang ada," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perundingan Kebangsaan UNCTAD-KRI Tentang Industri Hijau.

Mesyuarat dua hari ini menghimpunkan pemain industri berkaitan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai strategi perindustrian hijau Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan, hasil daripada lima kajian komprehensif merangkumi pengalaman Malaysia dan pembiayaan dalam perindustrian hijau.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM