fb fb fb fb fb

Syarikat, pengarah didenda RM10,000 miliki dan jual kelengkapan komunikasi tidak diperakui

PETALING JAYA, 26 April - Sebuah syarikat dan pengarahnya didenda masing-masing RM10,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan memiliki dan menjual dua unit pemain media tanpa wayar yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat LC Marketing Network Media Sdn Bhd dan pengarahnya, Chen Kaiyi selepas mengekalkan pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan semula dalam bahasa Mandarin.


(Syarikat dan pengarah didenda RM10,000 miliki dan
jual kelengkapan komunikasi tidak diperakui)

Mahkamah memerintahkan syarikat tersebut dan Chen masing-masing didenda RM5,000 atau sebulan penjara.

Sekiranya denda gagal dibayar bagi setiap pertuduhan selain mengarahkan kesemua barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk dilucut hak kepada MCMC.

Chen didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Digital Mall, Seksyen 14, pada 12.57 tengah hari, 26 Jun 2020 dan pada 11 pagi, 14 Mei 2021 lalu.

Terdahulu, peguam Jay Moy Wei Juin yang mewakili Chen memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum ini pihaknya telah menghantar representasi berhubung pertimbangan hukuman dan anak guamnya juga mengekalkan fakta kes selain turut mengakui fakta kes.

Pegawai Pendakwa MCMC Nur Nazhzilah Mohammad Hashim mengesahkan menerima representasi itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai dari SIRIM telah membuat pemeriksaan ke atas peralatan komunikasi itu dan mendapati ia tidak diperakui oleh SIRIM selain hasil siasatan mendapati bahawa peralatan komunikasi tersebut juga tidak diperakui MCMC atau mana-mana agensi pemerakuan berdaftar yang lain.

Media Baharu