fb fb fb fb fb

Syarikat ASB Sdn Bhd, mampu penuhi permintaan pemain industri minyak dan gas serta logistik di Labuan

FOTO FB HAFEZ MUSA

LABUAN, 29 Januari - Perancangan pembangunan mampan yang dikendalikan Asian Supply Base Sendirian Berhad mampu merancakkan lagi sektor minyak dan gas serta perkhidmatan logistik di Labuan.

Timbalan Menteri Kewangan dua, Tuan Yamani Hafez Musa berkata pelan perkhidmatan yang disediakan syarikat itu disambut baik selain mampu menampung permintaan pemain-pemain industri berkenaan.

"Kita melihat juga ruang-ruang dan peluang-peluang baharu yang boleh dibina oleh ASB, namun seperti yang saya katakan tadi tanah di Labuan ini agak mahal dan harga terhad. Jadi mereka mencari jalan macam mana mengembangkan saiz tanah di sini supaya ia boleh menampung permintaan daripada pemain-pemain industri minyak dan gas di masa-masa akan datang," kata Yamani kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Labuan.

Hadir sama Pengerusi ASB Sdn Bhd, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn Bhd, Japar Esteban.

Dalam pada itu, syarikat itu telah beroperasi hampir 38 tahun dalam bidang logistik minyak dan gas setelah berdaftar di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 1984.

 

Media Baharu