fb fb fb fb fb

Syahadah bakal menemui penonton pada 2 Mac

Episod 1 : Masjid Kampung Sembulan, Pusaka Islam Pertama Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Program dokumentari unggul RTM, 'Syahadah' akan menemui penonton bermula 2 Mac ini, setiap hari sepanjang Ramadan pada pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang di saluran TV1 dan menerusi RTMKlik.

Memasuki edisi ke-19 tahun ini, dokumentari berbentuk sejarah keislaman yang bersiaran sepanjang Ramadan membawa tema, Panggilan Borneo Jelajah Uzbekistan: Membawa kupasan penghijrahan komuniti Islam di Sabah dan Sarawak keunikan Islam di Uzbekistan menjadi intipati utama musim ini.

Episod pengenalannya pada 2 Mac memaparkan kisah Masjid Kampung Sembulan, Pusaka Islam Pertama Sabah, diikuti episod Warisan Santubong, Lebo Botong, Jejak Tarbiah, Al-Tayyibat, Keringat di Tebian, Pulau Dinawan, Wira Kinabalu, Pengukir Dari Uzbekistan dan banyak lagi.

Hampir dua dekad menjadi peneman setia sejak mula diterbitkan pada 2005 sehingga kini, program terbitan Unit Majalah Dokumentari RTM (UMDTV RTM) itu telah membawa penonton ke banyak destinasi menarik menyusuri keindahan Islam.

Ia termasuk pendekatan asas Islam, pendidikan, ekonomi, gaya hidup, srikandi Islam, sahabat muslim, konsep halal, komuniti, seni dan budaya setempat yang dipilih.

Kali ini seramai tujuh orang penerbit berpengalaman dari UMDTV RTM dibahagikan mengikut zon terpilih di Sabah dan Sarawak dengan 20 episod, manakala Jelajah Uzbekistan pula mengetengahkan 10 episod khas merangkumi bandar Taskent, Bukhara, dan Samarkand.

2702 SYAHADAH 1Barisan penerbit Syahadah 2025

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI