
LANGKAWI, 5 April – Malaysia International Boat Show (MyBOS) 2026 yang berlangsung dari Khamis lepas hingga petang ini, membuka peluang pelaburan, selain memberi perspektif baharu industri nautika.
- Kapal layar klasik SY Vega 1892 dari Norway, berusia lebih 130 tahun.
- Dikemudi pasangan Shane Granger dan Meggi Macoun; terlibat misi kemanusiaan sekitar ASEAN.
- Aktiviti sukarela sejak tsunami 2004, tanpa sokongan syarikat besar; bergantung pada sumbangan rakan.
- Kapal berlabuh di Royal Langkawi Yacht Club; orang ramai boleh lawat sehingga petang ini.
Lebih menarik penganjuran kali ini turut disertai Kapal Layar SY Vega 1892 yang berusia lebih 130 tahun dari Norway.
Kapal layar klasik itu dikemudikan pasangan Shane Granger dan Meggi Macoun yang terlibat dengan misi kemanusiaan sekitar ASEAN.
“Penglibatan kami dalam misi kemanusiaan sejak tsunami pada 2004. Semua ini secara sukarela dengan tiada sumbangan daripada syarikat-syarikat besar.
“Sumbangan yang diterima daripada rakan-rakan yang ingin membantu golongan memerlukan. Dalam masa sama, diharap sumbangan yang disalur tidak disalah guna,”kata Shane Granger.
Orang ramai yang berada sekitar Langkawi masih berpeluang mengunjungi kapal berkenaan, yang sedang berlabuh di Royal Langkawi Yacht Club, sehingga petang ini.
Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.
Penganjuran empat hari telah menghimpun serta mempamerkan kapal layar mewah dengan teknologi marin.