fb fb fb fb fb

Suruhanjaya Tinggi Malaysia anjur Rumah Terbuka Aidilfitri di Namibia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 April- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia pada Rabu menganjurkan program majlis rumah terbuka Aidilfitri bertemakan, "Mendampingi Rakyat Malaysia di Namibia" di kediaman Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya di Windhoek.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang dihantar kepada Bernama, acara itu menyaksikan pengedaran 10 biskut raya antaranya tart nanas, batang buruk, almond London, rempeyek bilis, biskut suji, biskut nestum, florentine, kacang mazola dan sarang semut.

Kesemua kuih raya itu disediakan oleh Pengerusi Perwakilan Ladies di Namibia Datin Noor Zulaikha.

Kira-kira 30 orang menghadiri majlis rumah terbuka itu yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Namibia. Mereka turut dihiburkan dengan tayangan filem Malaysia - Malbatt, Misi Bakara untuk menyemai perasaan patriotisme.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Kampus Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Afrika Datuk Gail Phung. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI