fb fb fb fb fb

Surau PLUS MADANI tanda aras inovasi, kecemerlangan - PM

Anwar Ibrahim meninjau Surau PLUS MADANI Seremban di R&R Seremban hari ini/FOTO FB Anwar Ibrahim

SEREMBAN, 8 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Surau PLUS MADANI Seremban sebagai penanda aras baharu dalam inovasi dan kecemerlangan sambil mengekalkan keseimbangan ekologi.

Beliau berharap surau tersebut yang terletak di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban mampu memberi keselesaan dalam ibadah kepada semua pengguna lebuh raya.

"Ini satu-satu surau yang serius. Selalunya kalau di R&R saya banyak kali pergi ke surau dalam keadaan terdesak. Tapi Allah... kira 'Assalamualaikum warahmatullah' (kemudian nak) terus pergi, tak tahan dengan bau dan tempat yang sempit," katanya.

Menurutnya Surau PLUS MADANI Seremban menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat dengan pengudaraan semulajadi, penggunaan tenaga solar, air dan sebagainya.

"Dan ini saya ucap terima kasih," tambah Anwar.

Anwar bercakap demikian dalam satu video yang dimuat naik di Facebook beliau sempena Majlis Perasmian Kawasan R&R Seremban Arah Selatan Plus hari ini.

SITI AISHAH MD ISA