fb fb fb fb fb

Surat PN kepada YDP Agong, tidak beri kesan pada keabsahan kerajaan

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Tidak timbul isu keabsahan kerajaan ketika ini susulan menteri Kabinet dari Parikatan Nasional (PN) mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menangguhkan pembubaran Parlimen.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengikut Perlembangaan Persekutuan kerajaan akan hilang sokongan apabila Ahli Parlimen menarik sokongan hingga sokongan yang diterima kurang daripada 112 atau majoriti mudah.


(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Tetapi kalau dalam sokongan daripada ahli dewan masih lagi intact tidak ada perubahan jadi tidak ada lah, isu yang mengatakan kerajaan collapse. Menteri kabinet tidak ada, kalau tarik diri, menteri kabinet tulis surat dia tidak kata letak jawatan, kalau menteri kabinet letak jawatan sekalipun, kabinet masih berfungsi dan kerajaan masih berfungsi. Kita lantik menteri yan baru gantikan menteri yang letak jawatan. Kalau ada letak jawatan ini tidak ada letak jawatan, cuma tulis surat kepada YDPA..mintak supaya parlimen tidak dibubarkan dan kuasa pembubaran Parlimen adalah antara PM dan Agong. Jadi dia tidak ada kesan kepada keabsahan kerajaan kerana ahli parlimen masih memberi sokongan seperti biasa," katanya kepada media selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tidak timbul isu keabsahan kerajaan ketika ini, susulan menteri Kabinet dari Perikatan Nasional (PN) mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menangguhkan pembubaran Parlimen.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengikut Perlembangaan Persekutuan kerajaan akan hilang sokongan apabila Ahli Parlimen menarik sokongan hingga sokongan yang diterima kurang daripada 112 atau majoriti mudah.

Media Baharu