fb fb fb fb fb

Sultan Selangor mencemar duli ke Makmal Invasif Kardiologi (ICL) di Hospital Serdang

SERDANG, 28 Mac- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj hari ini berkenan mencemar duli berangkat melawat ke Hospital Serdang.

Dalam lawatan kali pertama ke Hospital tersebut, baginda dibawa melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) yang merupakan pusat rujukan utama bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik kebangsaan.

Baginda tiba pada pukul 10 pagi tadi dan meluangkan masa kira-kira 1 jam melawat hospital tersebut.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin juga berkenan menerima sembah taklimat mengenai pembangunan fasiliti kesihatan negeri Selangor.

Mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Dato Sri Amiruddin Shaari, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


(FOTO FB PEJABAT DIRAJA SELANGOR)

ICL telah menjalankan perkhidmatan sejak tahun 2006 dan lebih 50,000 prosedur invasif jantung telah dilakukan termasuk angiogram, koronari, implantasi dan prosedur penyakit struktur jantung.

Media Baharu